Rakyat Malaysia di Sudan selamat

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kesemua 50 rakyat Malaysia di Sudan termasuk 25 pelajar yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Khartoum berada dalam keadaan selamat dan pihak kedutaan berhubung rapat dengan mereka.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, 17 rakyat Malaysia dan seorang staf Petronas warganegara Thailand telah ditempatkan sementara di kediaman rasmi duta.

"Kedutaan juga telah menasihatkan rakyat Malaysia yang lain di negara ini untuk mengutamakan keselamatan mereka.

“Kementerian Luar terus memantau rapat perkembangan terkini di Sudan termasuk demonstrasi yang berlarutan di seluruh negara itu. Kementerian juga sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Khartoum,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Sudan boleh menghubungi Kedutaan atau kementerian melalui saluran berikut: Kedutaan Malaysia di Khartoum di talian: +249 99 070 0350, atau e-mel: mwkhartoum@kln.gov.my atau media sosial: @Malawakil,Khartoum (Facebook) @MYEmbKhartoum (Twitter).

Mereka juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-88874201/4530 pada waktu pejabat atau di 03-88874570 selepas waktu pejabat. - Bernama

Artikel Berkaitan: