X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Rakyat Malaysia di Sudan selamat

A
A

PUTRAJAYA - Kesemua 50 rakyat Malaysia di Sudan termasuk 25 pelajar yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Khartoum berada dalam keadaan selamat dan pihak kedutaan berhubung rapat dengan mereka.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, 17 rakyat Malaysia dan seorang staf Petronas warganegara Thailand telah ditempatkan sementara di kediaman rasmi duta.

"Kedutaan juga telah menasihatkan rakyat Malaysia yang lain di negara ini untuk mengutamakan keselamatan mereka.

“Kementerian Luar terus memantau rapat perkembangan terkini di Sudan termasuk demonstrasi yang berlarutan di seluruh negara itu. Kementerian juga sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Khartoum,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Sudan boleh menghubungi Kedutaan atau kementerian melalui saluran berikut: Kedutaan Malaysia di Khartoum di talian: +249 99 070 0350, atau e-mel: [email protected] atau media sosial: @Malawakil,Khartoum (Facebook) @MYEmbKhartoum (Twitter).

Mereka juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-88874201/4530 pada waktu pejabat atau di 03-88874570 selepas waktu pejabat. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!