55 kes jenayah kekerasan berlaku di IPT

55 kes jenayah kekerasan berlaku di institusi pengajian tinggi (IPT) melibatkan mahasiswa dan mahasiswi di kampus sepanjang 2020 hingga September 2021. Gambar hiasan
55 kes jenayah kekerasan berlaku di institusi pengajian tinggi (IPT) melibatkan mahasiswa dan mahasiswi di kampus sepanjang 2020 hingga September 2021. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 55 kes jenayah kekerasan berlaku di institusi pengajian tinggi (IPT) melibatkan mahasiswa dan mahasiswi di kampus sepanjang 2020 hingga September 2021, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat memberitahu bagi kes jenayah harta benda, sebanyak 241 kes direkodkan masing-masing 154 kes pada 2020 dan 87 kes pada 2021.

“KPT sentiasa mengambil berat terhadap isu keselamatan dan kesejahteraan mahasiswa dengan mengamalkan prinsip toleransi sifar terhadap faktor yang boleh menggugat atau menjejaskan keselamatan mahasiswa di kampus,” menurut kementerian itu bagi menjawab soalan June Leow Hsiad Hui (PH-Hulu Selangor) yang bertanyakan statistik kes melibatkan keselamatan mahasiswa di kampus. - Bernama

Artikel Berkaitan: