Bajet 2022: Kerajaan perlu teliti permintaan pesawah

Razman (tengah) mendengar taklimat Mohd Sharenliza (kiri) selepas meninjau bilik gerakan Operasi Carilamat seorang nelayan yang hilang di Kuala Kurau, di sini pada Rabu.
Razman (tengah) mendengar taklimat Mohd Sharenliza (kiri) selepas meninjau bilik gerakan Operasi Carilamat seorang nelayan yang hilang di Kuala Kurau, di sini pada Rabu.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Kerajaan perlu meneliti permintaan untuk mengkaji semula atau menaikkan kadar bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) selaras dengan kenaikan harga input pertanian yang membebankan pesawah ketika ini.

Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria berkata, sebarang kenaikan bantuan bergantung kepada belanjawan yang akan diumumkan pada Bajet 2022.

Menurutnya, ketika ini kadar bantuan TBTP yang disalurkan bagi penanaman semula padi bagi peringkat umur tanaman di bawah 70 hari berjumlah RM876 sehektar manakala bantuan kerugian padi bagi peringkat tanaman berusia melebihi 70 hari berjumlah RM1,800.

"Cadangan menaikkan jumlah bantuan itu perlu dibincangkan secara menyeluruh dan melihat bajet yang diumumkan kerajaan di bawah portfolio pertanian dan industri makanan.

"Begitu juga dengan bantuan RM600 kerana ia bukan hanya membabitkan petani atau pesawah di Perak sebaliknya seluruh Malaysia," katanya ditemui pemberita selepas meninjau bilik gerakan Operasi Carilamat seorang nelayan yang hilang di Kuala Kurau, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri dan Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan majoriti pesawah yang menuntut kerajaan mengembalikan pemberian wang bantuan sebanyak RM500 selama tiga bulan seperti sebelum ini kepada petani ketika tempoh rehat, tunggu dan tuai.

Dalam perkembangan lain, Razman berkata, operasi carilamat seorang nelayan berusia 40 tahun yang dilaporkan hilang pada Selasa masih diteruskan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, operasi pencarian dilakukan dengan bantuan 50 anggota membabitkan Agensi Penguatkuasaan Matitim Malaysia (APMM) bersama Pasukan Polis Marin, Jabatan Perikanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan komuniti nelayan setempat.