KPM terus adakan konsultasi pastikan guru terima vaksin

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus mengadakan konsultasi untuk memastikan semua guru menerima vaksin.- Foto hiasan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus mengadakan konsultasi untuk memastikan semua guru menerima vaksin.- Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus mengadakan konsultasi untuk memastikan semua guru menerima vaksin.

KPM melaksanakan pelbagai program kesedaran vaksinasi melalui sesi libat urus, serta pendekatan secara berhemah seperti pujukan oleh bahagian, jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah.

“Guru yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan kepada Ketua Jabatan masing-masing,” menurut KPM dalam jawapan lisan Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

KPM berkata, guru adalah penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 yang disediakan oleh JPA, KPM akan memastikan guru yang enggan divaksin perlu melengkapkan vaksinasi sebelum 1 November 2021 kecuali mereka yang mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar. - Bernama

Artikel Berkaitan: