X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

12 kes positif Covid-19 di Sarawak perlukan bantuan pernafasan

Hanya 12 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan di Sarawak hari ini mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan. Foto hiasan
A
A

KUCHING - Hanya 12 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan di Sarawak hari ini mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan memaklumkan 768 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan sahaja, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 780 kes.

Daerah Kuching dan Miri masing-masing merekodkan 248 kes dan 177 kes, manakala lapan daerah yang lain merekodkan kes dua angka, 25 daerah merekod kes satu angka.

Hari ini sejumlah 23 kes kematian baharu direkodkan dalam tempoh 14 hingga 26 Oktober, melibatkan mereka yang berusia lingkungan 39 hingga 87 tahun mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, penyakit paru-paru kronik dan kencing manis.

JPBN turut memaklumkan kluster tamat iaitu kluster Kampung Simpok di Serian dan kluster Sungai Poh di Limbang, setelah 28 hari tidak merekodkan sebarang kes positif Covid-19 melibatkan kluster itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!