UMK, KIAS jalin kerjasama akademik

Nik Maheran (dua,kanan) menunjukkan MoU yang ditandatangani bersama pihak KIAS.
Nik Maheran (dua,kanan) menunjukkan MoU yang ditandatangani bersama pihak KIAS.
A
A
A

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (KIAS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memfokuskan kepada kerjasama akademik dan pendidikan keusahawanan.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMK, Profesor Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata, kerjasama itu membolehkan staf akademik KIAS melanjutkan pelajaran pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di UMK.

"Seramai 23 orang pelajar KIAS telah mendaftar dengan Pusat Pengajian Siswazah UMK di mana sebelum ini Bengkel Kaedah Penyelidikan anjuran Pusat Pengajian Siswazah UMK telah dilaksanakan pada tahun 2019 di KIAS khusus untuk pelajar KIAS sahaja.

“Melalui perjanjian ini, kedua-dua institusi ini akan terus dapat meningkatkan pendidikan tinggi negara dengan prestasi yang cemerlang dan pencapaian yang membanggakan seperti hasrat kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi,"katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Majlis menandatangani MoU tersebut dilakukan Dr Nik Maheran Ketua Eksekutif KIAS, Profesor Dr Ab Aziz Mohd Zin, di Bilik Seminar 2, Bangunan Canselori, UMK Bachok, pada Rabu.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesir Dr Arham Abdullah dan Timbalan Ketua Eksekutif, Hal Ehwal Akademik KIAS, Dr Mohd Ramizu Abdullah @ Zakaria.

Nik Maheran berkata, pihak pengurusan UMK juga sentiasa komited untuk mengekalkan keakraban hubungan dan melebarkan jaringan kerjasama dengan KIAS dan pemeteraian MoU ini merupakan sebahagian manifestasi komitmen tersebut.

Artikel Berkaitan: