X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Tahap acrylamide dalam biskut bawah paras ditetapkan

Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu mengesahkan tahap purata acrylamide bagi produk biskut di pasaran tempatan ialah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan melakukan pemantauan (BKKM) sejak 2015.

"Jumlah tersebut merupakan di bawah paras yang ditetapkan oleh European Union (EU)

"Commission Regulation iaitu 350 µg/kg," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan yang menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah.

Sebelum ini, Choice Magazine menerusi laman web Majlis Pengguna Hong Kong menyenaraikan 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di Hong Kong mengandungi acrylamide dan glicydol termasuk tiga jenama popular yang dikilangkan di Malaysia.

Dr Noor Hisham memberitahu, acrylamide dan glicidol merupakan bahan karsinogen dan boleh memberi risiko kepada kesihatan manusia kerana merupakan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan.

"Bagaimanapun, bahan pencemaran tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian," katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pengguna boleh mendapatkan panduan pencemaran acrylamide di dalam makanan melalui Facebook rasmi BKKM.

"KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna," katanya.

Pengguna juga boleh menghubungi jabatan kesihatan negeri atau pejabat kesihatan daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!