X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Tiada bukti wujud aktiviti beli pangkat dalam PDRM

Bukit Aman
A
A

SHAH ALAM - Tiada bukti yang menunjukkan wujudnya kegiatan jual beli pangkat dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, dakwaan tersebut disyaki dibuat oleh segelintir anggota yang tidak berpuas hati kerana gagal mendapat kenaikan pangkat.

Menurutnya, pelbagai aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian seseorang pegawai itu untuk menyandang mana-mana jawatan dalam pasukan.

"Kenaikan pangkat ini tidak semestinya diberikan kepada pegawai yang paling senior mungkin jawatan itu tidak sesuai untuk dia. Ada jawatan yang perlu diisi pegawai yang cergas dari segi fizikal, maka calon sesuai mengikut umur lebih muda akan dapat.

"Daripada apa yang saya lihat, ada sesetengah orang yang tak dapat apa yang dia inginkan, jadi dia akan mula bercakap (khabar angin). Apa yang jelas sebarang tohmahan atau tuduhan perlulah ada fakta dan bukti yang kukuh," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sinar Harian pada 13 Oktober melaporkan berkenaan penahanan dua suspek termasuk pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superitendan (DSP) berkaitan kes ugutan jenayah terhadap seorang wanita yang tular di media sosial.

Wanita tersebut mendakwa pegawai kanan berkenaan membuat ugutan bunuh selepas meminta mengembalikan wang yang dipinjamkan sebanyak RM100,000 kononnya bagi tujuan membeli pangkat Superintendan.

Untuk rekod, secara rasmi kes pembelian pangkat ini adalah pertama kali dilaporkan dalam pasukan PDRM, meskipun sebelum ini pelbagai kenyataan dan khabar angin disebarkan namun tiada sebarang laporan polis pernah dibuat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!