UMK peruntuk RM3.4 juta bangunkan pusat teknousahawan

Pusat teknousahawan di UMK bakal dilengkapi pelbagai kemudahan berteknologi tinggi untuk memberi perkhidmatan serta konsultasi kepada pelanggan berkaitan teknologi makanan dan perlombongan.
Pusat teknousahawan di UMK bakal dilengkapi pelbagai kemudahan berteknologi tinggi untuk memberi perkhidmatan serta konsultasi kepada pelanggan berkaitan teknologi makanan dan perlombongan.
A
A
A

JELI - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memperuntukan RM3.4 juta untuk projek pembangunan fasa pertama Pusat Teknousahawan Emas Logam Bumi dan Bahan (GREAT) serta Kompleks Inovasi dan Keusahawanan (IEIC).

Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan (RMD), Dr Abdul Hafidz Yusoff berkata, kedua-dua projek ini adalah inisiatif UMK untuk mewujudkan industri dalam kampus atau (I@U) bagi mendedahkan pelajarnya kepada dunia sebenar industri di kawasan kampus.

"Pusat ini bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berteknologi tinggi untuk memberi perkhidmatan dan konsultasi kepada pelanggan berkaitan teknologi makanan dan perlombongan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, antara perkhidmatan yang ditawarkan GREAT adalah khusus kepada kepakaran teknologi perlombongan dan bahan seperti teknologi pemisahan dan penentuan kandungan emas, logam bumi bahan dalam sampel geologi dan barang kemas.

Beliau berkata, negeri di pantai timur mengandungi sumber asli seperti emas yang banyak berbanding negeri-negeri lain.

“GREAT yang berpangkalan di UMK Kampus Jeli mampu memacu industri perlombongan terutamanya di negeri-negeri pantai timur ini.

"Kewujudan kedua-dua kompleks ini dijangka akan menghasilkan beberapa buah syarikat pemula dan syarikat pelajar dalam bidang berkaitan.

"Inisiatif ini akan mendedahkan pelajar-pelajar UMK kepada situasi sebenar perniagaan dan industri sesuai dengan misi dan visi UMK sebagai universiti keusahawanan tersohor di peringkat global menerusi Pelan Strategik UMK (PSU) 2021 hingga 2025," katanya.

Artikel Berkaitan: