Kilang fucuk kotor, penuh najis tikus

Pegawai BKKM menunjukkan keadaan kilang fucuk yang kotor.
Pegawai BKKM menunjukkan keadaan kilang fucuk yang kotor.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Sebuah kilang memproses fucuk di Simpang Ampat di sini diarah tutup selama 14 hari selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid berkata, lebih memualkan apabila pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus, lipas dan lalat di ruang pemprosesan bahan makanan terbabit.

Menurutnya, keadaan premis yang terlalu kotor disifatkan tidak layak untuk beroperasi apatah lagi menghasilkan produk makanan untuk dijual di pasaran.

"Kita dapati kilang ini juga beroperasi tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan, malah sudah pernah diserbu atas kesalahan sama tiga tahun lalu.

Mohd Wazir menunjukkan fucuk yang dihasilkan di kilang terbabit.
Mohd Wazir menunjukkan fucuk yang dihasilkan di kilang terbabit.

"Keadaan kilang ini sangat kotor dan membimbangkan malah sebenarnya ia tidak layak beroperasi memandangkan tahap kebersihan premis tidak menepati standard kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini pada Rabu.

Mohd Wazir berkata, selain kotor, pihaknya turut mengenakan kompaun berjumlah RM5,500 meliputi kesalahan tiada pelabelan makanan, tidak berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beroperasi tanpa kebenaran dikeluarkan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, seorang lelaki warganegara Myanmar yang dipercayai satu-satunya pekerja di premis berkenaan turut berjaya melarikan diri semasa pasukan serbuan tiba di lokasi itu.

Selain itu, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai yang turut serta dalam Ops Bersih itu mengeluarkan kompaun RM500 kepada pemilik kilang terbabit kerana berniaga tanpa lesen.

Artikel Disyorkan