Timbalan pengarah, pegawai penguat kuasa direman 5 hari

SPRM Negeri Sembilan mengemukakan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.
SPRM Negeri Sembilan mengemukakan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.
A
A
A

SEREMBAN – Timbalan pengarah dan pegawai penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan di negeri ini direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM17,856, tahun lalu.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan, Mohd Khairi Abdul Karim di Mahkamah Khas Reman di sini, hari ini.

Suspek masing-masing berusia 42 dan 38 tahun itu ditahan di pejabat jabatan itu antara jam 5.50 dan 6 petang.

Menurut sumber, suspek disyaki membuat pengesahan penerimaan bekalan atau perkhidmatan daripada sebuah syarikat bagi menjalankan program Pengurusan Menangani Konflik Pegawai di Tempat Kerja berjumlah RM17,856, walhal program itu tidak dijalankan dan tiada bekalan atau perkhidmatan dibuat.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan pada 21 November tahun lalu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: