‘Biarlah pihak pembangkang satu calon’

Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan berunding dengan parti pembangkang lain yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, beliau mengharapkan agar pihak pembangkang hanya mempunyai satu calon sahaja di setiap kerusi PRN Melaka.

“Kalau boleh pembangkang biar bersatu. Kalau boleh kita akan berunding dengan siapa sahaja.

“Biarlah pihak pembangkang satu calon. Kalau belah sana, ikut merekalah,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2022 PH di Parlimen pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pengumuman Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mengumumkan untuk bertanding dalam PRN Melaka.

Dalam pada itu, mengulas mengenai soal pengagihan kerusi dalam PRN Melaka, Mohamad berkata, ia masih dibincangkan oleh gabungan itu.

“Masih dibincangkan. Keputusan sehari dua ini,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Raya itu dalam masa yang sama turut menyatakan PH akan bergantung kepada risalah sebagai strategi kempen.

Artikel Berkaitan:

“Kita bergantung pada risalah. Macam mereka kata boleh guna penerangan menerusi TV.

“Takkan kita dapat (penerangan menerusi) RTM dan TV3? Pihak mereka mempunyai kelebihan itu semua. Jadi, untuk berkempen kita akan guna jalan terbaik,” ujarnya.