X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 09 Disember 2021

Chong Wei jadi duta perkenal Sabah pada dunia

Jafry menyampaikan sijil pelantikan sebagai duta pelancongan Sabah kepada Chong Wei dalam majlis pelantikan itu di Kota Kinabalu.
A
A

KOTA KINABALU - Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dilantik sebagai duta pelancongan Sabah bermula Oktober ini hingga Disember tahun hadapan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, pelantikan itu dilaksanakan berdasarkan kepada reputasi beliau di peringkat antarabangsa.

Katanya, sejarah memenangi pelbagai kejohanan dunia dan mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia dijangka mampu menarik perhatian ramai pelancong ke Sabah.

"Datuk Wira Chong Wei merupakan ikon badminton dunia dan kita teruja kerana beliau bersetuju menjadi duta pelancongan Sabah," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Chong Wei sebagai duta pelancongan Sabah di sini, pada Rabu.

Dalam ucapan belum itu, Jafry berkata, pelantikan berkenaan sekali gus menjadi berita baik kepada pengusaha pelancongan di negeri ini untuk meraih pulangan yang baik.

Jafry memakaikan Chong Wei sigah (tengkolok) sebagai simbolik pelantikan beliau menjadi duta pelancongan bagi negeri Sabah.
Jafry memakaikan Chong Wei sigah (tengkolok) sebagai simbolik pelantikan beliau menjadi duta pelancongan bagi negeri Sabah.

"Sabah terkenal dengan kekayaan alam semulajadi yang bukan saja dihargai semua pihak tetapi juga mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)," katanya.

Sementara itu, Chong Wei ketika ditemui berharap mampu membantu meningkatkan lagi industri pelancongan Sabah.

Katanya, industri pelancongan amat terjejas sejak hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19.

"Saya tahu Sabah sebuah tempat yang sangat popular sebelum ini. Apabila saya ke luar negara termasuk China atau Taiwan ramai orang berkata mengenai Sabah.

"Negeri ini sangat cantik dan mudah-mudahan saya akan dapat membawa keluarga bercuti di sini seterusnya membantu mempromosikan pelancongan yang ada di Sabah," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!