X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Latihan guguran udara uji kesiapsiagaan anggota TUDM

Satu tan peralatan ketenteraan digunakan dalam latihan tersebut.- Foto Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia
A
A

SHAH ALAM - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan latihan guguran udara melibatkan aset ketenteraan seberat satu tan pada hari keempat FTX Eksesais Paradise 8/21 menggunakan pesawat C130H pada Isnin.

TUDM dalam satu kenyataan di Facebook rasmi pasukan keselamatan itu pada Selasa memaklumkan, latihan berkenaan memastikan bekalan dapat dihantar kepada pasukan barisan hadapan dengan pantas dan berkesan.

Pesawat C130H digunakan dalam latihan tersebut. - Foto Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia
Pesawat C130H digunakan dalam latihan tersebut. - Foto Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia

"Fokus utama eksesais ini juga untuk mengekalkan kompetensi dan tahap kesiapsiagaan juruterbang, anak-anak kapal dan anggota Seksyen Hantaran Udara (SHU), menilai dan menguji aspek teknikal, kompetensi serta kecekapan melaksanakan operasi pengguguran dari udara.

"Antara teknik pengguguran udara itu ialah Heavy Equipment (HE), Container Delivery System (CDS) dan Low Cost Low Altitude (LCLA)," menurut kenyataan itu.

Menurut TUDM, teknik pengguguran udara berkenaan bukan sahaja penting dalam operasi ketenteraan malah ketika menghadapi bencana alam.

Foto Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia
Foto Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia

"Sebagai contoh, menggugurkan bekalan muatan yang mengandungi peralatan perubatan atau bekalan makanan di kawasan yang terputus hubungan laluan darat akibat banjir atau tanah runtuh,"katanya.

Latihan tersebut turut disertai Platun Hantaran Udara 10 Briged Para, Tentera Darat Malaysia (TDM) membantu dalam proses tali-temali atau 'rigging', penyediaan payung kargo dan peralatan pengguguran.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!