Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim meningkat 39 orang

Nie Ching melawat salah seorang mangsa di HSI.
Nie Ching melawat salah seorang mangsa di HSI.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa akibat pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang yang mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini meningkat kepada 39 orang sejak malam tadi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, daripada jumlah itu seramai 21 daripadanya adalah pelajar sekolah rendah dan menengah yang berada berhampiran sungai terbabit.

“Kami difahamkan terdapat 21 pelajar iaitu sembilan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih.

“Kita juga dimaklumkan dua daripada pelajar sekolah menengah itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat mangsa di HSI, di sini, hari ini. Hadir sama, Timbalan Pengarah Perubatan II HSI, Dr Surya Marsom.

Bagaimanapun, Nie Ching berkata, keadaan semua mangsa berada dalam keadaan stabil dan positif.

ARTIKEL BERKAITAN:

Seorang pelajar pengsan, lima muntah

Bomba kawal tumpahan bahan kimia

Dua sekolah diarah tutup



AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: