Pembantu kedai dipenjara 12 tahun, empat sebatan rogol rakan

No Image Caption
A
A
A

SETIU - Seorang pembantu kedai dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu kerana merogol rakannya, tahun lalu.

Hakim Wan Azimah Yaacob membuat keputusan tersebut selepas tertuduh, Muhammad Hafiez Md Kodim, 20, dari Chalok, Permaisuri di sini didapati bersalah merogol mangsa berusia 21 tahun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah rehat di Kampung Bukit Merah, Chalok di sini, jam 3.30 petang pada 27 Ogos 2020.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Rabi'atul Adawiah Soupy, manakala tertuduh diwakili peguam bela daripada Tetuan Rafaei & Co.

Mahkamah seterusnya mengarahkan hukuman penjara berjalan bermula tarikh jatuh hukum pada Rabu.

Artikel Berkaitan: