258 kakitangan MBSJ pernah dijangkiti Covid-19

Sebanyak 258 kes positif Covid-19 dilaporkan dalam kalangan kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sehingga 23 Oktober lalu. - Gambar hiasan
Sebanyak 258 kes positif Covid-19 dilaporkan dalam kalangan kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sehingga 23 Oktober lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 258 kes positif Covid-19 dilaporkan dalam kalangan kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sehingga 23 Oktober lalu.

Datuk Bandarnya, Noraini Roslan berkata, jumlah kes positif itu diperoleh sejak pandamik melanda negara pada Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, situasi semasa menunjukkan tiada kes aktif Covid-19 dilaporkan dalam kalangan kakitangan MBSJ.

"Sehingga kini, seramai 1,509 meliputi 99.80 peratus kakitangan MBSJ telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

"Daripada jumlah itu, seramai 1,500 meliputi 99.21 peratus kakitangan MBSJ telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19," katanya ketika berucap pada Mesyuarat MBSJ menerusi platform YouTube Live pada Rabu.

Dalam pada itu, Noraini turut mengingatkan masyarakat meskipun telah menerima suntikan vaksin Covid-19 mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dengan mengelakkan '3S' iaitu sesak, sempit dan sembang dekat.

"Selain itu, (masyarakat juga perlu) mengamalkan 3W iaitu 'Wash' (kerap basuh tangan dan menggunakan hand sanitizer), 'Wear' (digalakkan memakai pelitup mulut dan hidung), 'Warn' (tidak bersalaman, etika batuk atau bersin, disinfeksi serta periksa suhu badan)," katanya.

Artikel Berkaitan: