Anak Mat Sabu bebas kes dadah

Ahmad Saiful dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu atas tuduhan penyalahgunaan dadah.
Ahmad Saiful dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu atas tuduhan penyalahgunaan dadah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Anak kepada bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka dalam kejadian dua tahun lalu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret terhadap Ahmad Saiful Islam, 33, selepas membenarkan rayuan dikemukakan perayu.

Ahmad Saiful Islam, 33, yang kelihatan ceria bersama peguam, ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu berkata, tiada apa yang perlu diulas kecuali satu ayat.

“Apa pun mereka bilang, tekad ku takkan hilang, jalan ku masih panjang, garis akhir yang ku pandang,” katanya.

Pada pagi Rabu, mahkamah melepas dan membebaskannya daripada tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, dua tahun lalu.

Ia selepas Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan rayuan dikemukakan oleh anak ahli politik itu selaku perayu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Saiful Islam didakwa menggunakan dadah jenis THC di sebuah hotel di sini pada jam 2.05 pagi, 5 Januari 2019.

Berdasarkan notis rayuan difailkan pada 2 Julai tahun lepas, Ahmad Saiful Islam merayu terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun lalu yang mensabitkan perayu dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara selama lapan bulan.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Aizat menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful Islam, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah juga mengarahkannya menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta polis sejurus selesai menjalani hukuman penjara itu.

Ahmad Saiful Islam diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh keputusan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Dia diperintahkan membayar wang jaminan RM9,000 serta menyerahkan pasport kepada mahkamah selain perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berdekatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rayuan anak Mat Sabu ketepi sabitan, hukuman didengar 29 Julai