Piala Liga: Arsenal, Chelsea teruskan kemaraan

Chambers meraikan jaringan pembukaan Arsenal ketika menentang Leeds United awal pagi Rabu. -Foto: Arsenal FC
Chambers meraikan jaringan pembukaan Arsenal ketika menentang Leeds United awal pagi Rabu. -Foto: Arsenal FC
A
A
A

ARSENAL dan Chelsea menempah slot suku akhir Piala Liga selepas menewaskan Leeds United serta Southampton dalam perlawanan masing-masing awal pagi Rabu.

The Gunners kendalian Mikel Arteta mara selepas mengatasi Leeds United 2-0 hasil jaringan Calum Chambers pada minit ke-55' dan Eddie Nketiah (69') dalam perlawanan di Stadium Emirates tersebut.

Sementara itu, The Blues kendalian Thomas Tuchel pula terpaksa menunggu penentuan sepakan penalti sebelum dapat menjinakkan Southampton 4-3 dalam aksi di Stamford Bridge tersebut.

Pada aksi 90 minit itu, tandukan Kai Havertz terlebih dulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-44 untuk mendahului pelawat.

Namun The Saints yang tidak goyang kembali menyamakan kedudukan menerusi Che Adams pada minit ke-47 untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Turut mara kelab Divisyen Satu, Sunderland yang menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Queens Park Rangers (QPR), 3-1 juga menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan di London.

Beberapa perlawanan berlangsung awal pagi esok menyaksikan Liverpool menentang kelab Liga Kejuaraan, Preston North End, West Ham United menentang penyandang juara Manchester City manakalaTottenham Hotspur menentang Burnley di Turf Moor.

Artikel Berkaitan: