X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Kita dah jelak dengan isu liputan internet

Liputan internet kini satu keperluan penting kepada rakyat baik di bandar mahupun desa. - Foto 123RF
A
A

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menjadi tumpuan selepas beliau mendedahkan masalah liputan internet yang dialami penduduk di Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis berpunca daripada bentuk muka bumi dan pokok-pokok tinggi di kawasan berkenaan.

Menerusi catatan di Twitter, Annuar memberitahu susulan keadaan itu kementeriannya akan melakukan kerja pengoptimuman menara berhampiran yang dijangka siap pada 8 November ini, sebagai salah satu daripada langkah penyelesaian.

Bagaimanapun ramai warganet tidak berpuas hati. Mereka mula membandingkan panggilan video yang boleh dibuat dari atas gunung di Taiwan dengan masalah di Perlis itu. Malah ada yang bertanya kenapa isyarat pelik dari planet Marikh yang jauhnya 390 kilometer dapat diterima di Bumi.

Sebenarnya, keadaan muka bumi di Malaysia yang bergunung-ganang dan diliputi hutan tebal memang merupakan antara faktor masalah liputan internet di negara ini tetapi sesetengah orang tidak mahu menerima alasan tersebut.

Namun begitu, kerajaan harus mengambil suara rakyat ini dari sudut positif. Rungutan dan kritikan itu adalah bukti jelas internet kini satu keperluan rakyat baik di bandar mahupun desa. Tiada liputan satu hal, liputan yang lemah dan tidak stabil pula lebih ramai pengguna mengalaminya.

Laporan Ookla bagi bulan Disember 2020 meletakkan Malaysia di tangga ketiga bagi kelajuan internet jalur lebar tetap. Thailand mencatat kelajuan muat turun purata 308.25Mbps manakala Singapura dengan 245.31Mbps. Malaysia di tempat ketiga, hanya dengan kelajuan muat turun 93.67Mbps.

Bagi internet mudah alih pula, Malaysia malangnya berada di tangga ketujuh di belakang Vietnam, Brunei, Laos dan Myanmar yang dilihat sebagai negara yang kurang maju.

Justeru kita mengalu-alukan sasaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk meningkatkan tahap liputan internet kepada 96.9 peratus di seluruh negara pada hujung tahun 2022 berbanding 94.1 peratus September lalu.

Begitupun, SKMM harus mempertingkat usaha menangani masalah capaian internet yang dihadapi penduduk dengan melaksanakan aktiviti turun padang dan meninjau sendiri situasi sebenar di lokasi aduan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!