X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Pemergian Guan Dee kehilangan besar buat Dewan Negara

Rais Yatim
A
A

KUALA LUMPUR - Pemergian Ahli Dewan Negara Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi merupakan satu kehilangan besar kepada institusi legislatif negara, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau menyifatkan mendiang Guan Dee sebagai seorang insan yang lemah lembut dan berjiwa halus, selain Dewan Negara menjadi saksi kepada sumbangan bakti mendiang kepada rakyat, bangsa dan tanah air.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan pilu bagi Dewan Negara. Guan Dee, bersemadilah dengan penuh ketenangan. Sahabat lamamu - Rais Yatim," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook Parlimen Malaysia pada Selasa.

Ahli Dewan Negara dan Parlimen turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Guan Dee menerusi laman sosial tersebut.

Guan Dee, 67, yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, petang ini.

Mendiang yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk tempoh 16 Disember 2020 hingga 15 Disember 2023 pernah menjadi Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum Kabinet terbubar setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lepas. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!