X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Hanya 97 kes kategori tiga hingga lima

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA- Sejumlah 5,726 kes baharu positif Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya 97 kes atau 1.7 peratus terdiri daripada kategori tiga hingga lima.

“Sebanyak 5,629 kes atau 98.3 peratus lagi adalah kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, daripada jumlah itu terdapat 15 kes import melibatkan sembilan warganegara dan enam warga asing.

“Bagi penularan tempatan, sebanyak 5,711 kes dilaporkan yang membabitkan 5,489 rakyat tempatan dan 222 warga asing,” katanya.

Beliau berkata, sementara itu jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di seluruh negara adalah 2,442,224.

“Terdapat 598 kes dirawat di rawatan rapi (ICU) dan 308 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. KKM turut mencatatkan 5,607 kes sembuh sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,340,390 kes.

“Terdapat pertambahan tujuh kluster baharu melibatkan enam kluster tempat kerja dan masing-masing satu komuniti serta pendidikan tinggi,” kata Dr Noor Hisham.

Tambahnya, jumlah keseluruhan kluster yang dikenal pasti adalah 5,735 dan 5,229 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala 506 kluster lagi masih aktif.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!