Lapan ditahan disyaki penagih dadah

Penagih yang ditahan polis dalam Op Sarang sekitar daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk. - Foto Ihsan Polis
Penagih yang ditahan polis dalam Op Sarang sekitar daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk. - Foto Ihsan Polis
A
A
A

TELUK INTAN - Lapan lelaki warga tempatan disyaki penagih dadah di tahan polis dalam Op Sarang melibatkan sarang penagihan sekitar Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 43 tahun itu di tahan di kawasan kebun kelapa sawit dalam operasi berkenaan.

"Kita juga berjaya merampas beberapa bungkusan dadah jenis heroin dengan berat dianggarkan kira-kira 16 gram dan methamphetamine seberat lebih kurang 0.3 gram daripada suspek yang ditahan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya lima suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dua orang lagi akan disiasat di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952.

"Manakala seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 39 A (1) ADB 1952 untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurut Marzhuki operasi berkenaan dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak hasil risikan polis dan maklumat daripada orang ramai.

Artikel Berkaitan: