Bung Moktar dahului senarai 128 penerima darjah kebesaran

Tun Juhar mengurniakan darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima kepada Bung Moktar. - Foto Bernama
Tun Juhar mengurniakan darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima kepada Bung Moktar. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang dikurniakan Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) membawa gelaran Datuk Seri Panglima pada Isnin mendahului senarai 128 penerima Darjah Kebesaran, Bintang serta Pingat negeri Sabah sempena Hari Lahir ke-68 Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Istiadat yang disempurnakan Juhar di Istana Seri Kinabalu di sini turut menyaksikan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun menerima SPDK.

Turut hadir pada istiadat itu isteri beliau Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Seramai 15 orang menerima darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Jonathan Yassin, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Bernard Liew Chau Min serta Ketua Konservator Hutan Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Frederick Kugan.

Tun Juhar (tiga, kanan) dan isteri Toh Puan Norlidah (dua, kanan) menerima cenderahati berupa raket badminton daripada Chong Wei (dua, kiri) di Istana Seri Kinabalu Sabah pada Selasa. - Foto Bernama
Tun Juhar (tiga, kanan) dan isteri Toh Puan Norlidah (dua, kanan) menerima cenderahati berupa raket badminton daripada Chong Wei (dua, kiri) di Istana Seri Kinabalu Sabah pada Selasa. - Foto Bernama

Seramai lima individu menerima Jaksa Pendamai (JP) termasuk legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.

Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) pula menyaksikan seramai 16 penerima, Ahli Darjah Kinabalu (ADK) dan Bintang Setia Kinabalu (BSK) masing-masing 24 penerima, Bintang Kinabalu (BK) 35 penerima manakala Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) tujuh penerima. - Bernama