X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

15 pengarah syarikat direman kes seleweng dana MITRA

Antara individu yang dibawa SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa untuk permohonan reman bagi membantu siasatan penyelewengan dana geran peruntukan yang dikeluarkan Mitra.
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 17 pengarah syarikat termasuk seorang wanita telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa bagi permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan penyelewengan dana geran peruntukan yang dikeluarkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Majistret Shah Wira Abdul Halim telah membenarkan 15 orang daripadanya direman antara dua hingga tujuh hari bermula pada Selasa hingga 1 November manakala dua lelaki telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM8,000 setiap seorang.

Lima orang telah direman tujuh hari sehingga 1 November ini, seorang individu telah direman selama lima hari sehingga 30 Oktober, tujuh orang lagi direman empat hari sehingga 29 Oktober ini sementara dua orang lagi masing-masing direman dua dan tiga hari iaitu sehingga 27 Oktober dan 28 Oktober.

Pada Selasa, media melaporkan SPRM telah menahan 16 orang pengarah syarikat berusia antara 24 hingga 68 tahun dalam satu operasi besar-besaran yang diadakan di sekitar Lembah Klang.

Menurut sumber, dianggarkan puluhan juta ringgit telah dilesapkan oleh kumpulan ini, yang pada asalnya memohon geran peruntukan Mitra bagi melaksanakan program-program sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.

"Siasatan kes ini akan merangkumi semua bentuk permohonan dan perbelanjaan peruntukan geran yang telah disalurkan oleh Mitra bermula tahun 2018 hingga kini.

"Kita menganggarkan hampir 60 peratus daripada peruntukan geran yang diterima oleh syarikat, orang perseorangan dan yayasan bagi tujuan pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang sepatutnya," menurut sumber SPRM.

Tambah sumber, peruntukan ini dipohon daripada Mitra dan kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan individu tertentu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi pada Selasa mengesahkan tangkapan tersebut.

"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 16 (a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!