'Tumpu kes dadah, sedia gempur kawasan Felda'

Mohd Yusri menyaksikan upacara serah dan terima tugas Ketua JSJN Pahang antara D Sarwanan (kiri) dan Azmi pada pada majlis yang diadakan di IPK Pahang di sini, pada Selasa.
Mohd Yusri menyaksikan upacara serah dan terima tugas Ketua JSJN Pahang antara D Sarwanan (kiri) dan Azmi pada pada majlis yang diadakan di IPK Pahang di sini, pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Bekas Pegawai Turus Pengurusan Dasar dan Sumber Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Perak, Superintendan Azmi Awang Lah dilantik menerajui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Pahang yang baharu.

Beliau menggantikan Superintendan Mohd Azam Ab Razak yang dilantik sebagai Ketua JPJKK Kontinjen Perak.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua JSJN Pahang antara Timbalan Ketua JSJN Pahang, Deputi Superintendan D Saravanan (pemangku) dan Azmi disaksikan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada Selasa.

Sementara itu, Azmi berkata, kepercayaan yang diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin dalam usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Menurutnya, beliau akan memberi tumpuan membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah terutama dalam kawasan tanah rancangan Felda melalui Ops Sarang dan Program Jihad Dadah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang.

"Saya akan pastikan Program Jihad Dadah itu dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan memastikan kes penagihan di negeri ini khususnya dalam kawasan Felda.

"Tumpuan juga turut diberikan membabitkan kes pengedaran dadah di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Bagi Mohd Yusri, pengalaman luas Azmi dalam JSJN sebelum ini akan membantu pasukan itu membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini dengan lebih berkesan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, usaha membanteras dan membanteras dadah di negeri ini menjadi keutamaan polis Pahang.

"Saya percaya dengan pengalaman yang beliau (Azmi), JSJN Pahang akan lebih cemerlang dalam meneruskan kejayaan yang dicapai pasukan sebelum ini," katanya.