X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Piala Malaysia: 700 tiket buat penyokong Penang FC

Gambar hiasan
A
A

GEORGETOWN - Sebanyak 700 tiket diperuntukkan kepada penyokong Penang FC untuk aksi perlawanan Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur Sabtu ini.

Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew berkata, penyokong skuad Harimau Kumbang boleh membeli tiket perlawanan tersebut melalui laman sesawang www.tickethotline.com.my bermula Selasa.

“Daripada 2,128 tiket yang akan dijual pada perlawanan tersebut, 700 diperuntukkan untuk penyokong Pulau Pinang. Semua penyokong dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan masuk dan keluar stadium melalui pintu D sahaja yang ditetapkan kepada penyokong lawan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, tiket bagi perlawanan menentang pasukan sama di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 3 November ini pula dijangka dijual dalam tempoh 48 jam di laman sesawang sama.

Katanya, daripada kapasiti penuh 20,000 tempat duduk, hanya 5,000 tiket akan dijual bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Bulan lepas, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan penonton dibenarkan hadir di stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2021 dengan jumlah penyokong yang dibenarkan adalah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara setiap negeri.

Kebenaran itu berdasarkan SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Belia dan Sukan.

Penang FC kini di tempat ketiga Kumpulan A dalam saingan Piala Malaysia 2021 dengan hanya satu mata selepas tewas kepada pasukan Sarawak United dan seri dengan Kuala Lumpur City FC dalam kedua perlawanan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!