Abdul Hadi imamkan solat hajat tolak fitnah

Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang turut menyampaikan ucapan.
Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang turut menyampaikan ucapan.
A
A
A

MARANG - Lebih 3,000 orang ahli serta penyokong Pas menghadiri program Munajat dan Solat Hajat Perdana Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Rusila di sini, malam tadi.

Program anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu itu bertujuan memohon pertolongan daripada ALLAH bagi menghadapi cabaran fitnah terhadap Pas.

Serangan yang bersilih ganti terhadap parti dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu antaranya termasuklah dalam isu menerima wang sebanyak RM90 juta daripada UMNO.

Ahli serta penyokong Pas yang menghadiri program solat hajat di Masjid Rusila.
Ahli serta penyokong Pas yang menghadiri program solat hajat di Masjid Rusila.

Solat hajat diimamkan Abdul Hadi selepas solat Isyak berjemaah yang diikuti munajat. Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Hadir sama, Yang Dipertua DUN yang juga Yang Dipertua Pas Marang, Yahaya Ali, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri, Satiful Bahri Mamat.

Artikel Berkaitan: