X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Operator kilang sarung tangan didakwa bunuh suami

Seorang operator kilang sarung tangan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas tuduhan membunuh suaminya, minggu lalu.
A
A

SELAYANG – Seorang operator kilang sarung tangan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas tuduhan membunuh suaminya, minggu lalu.

R Umadevi, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkod daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja telah membunuh kelindan lori, A Murgan, 45, di sebuah rumah di Kampung Laksamana, Batu Caves di sini pada jam 11.30 malam, 19 Oktober lalu.

Atas pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 25 November depan untuk serahan dokumen.

Pada Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan, pertikaman lidah dipercayai akibat cemburu membabitkan sepasang suami isteri berakhir dengan pertumpahan darah apabila lelaki itu ditemui tertikam dengan besi kaki payung di kediaman mereka di Kampung Laksamana, Batu Caves di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jiran kepada pasangan tersebut yang mengesyaki mangsa membunuh diri pada jam 12.35 pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara cemburu, suami maut ditikam isteri


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!