KPDNHEP lupus barang rampasan bernilai RM51.91 juta

Azman (kanan) melupuskan barang tiruan yang dirampas di Majlis Pelupusan Ekshibit Mega di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Arab Malaysian Industrial Park di Nilai pada Selasa.
Azman (kanan) melupuskan barang tiruan yang dirampas di Majlis Pelupusan Ekshibit Mega di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Arab Malaysian Industrial Park di Nilai pada Selasa.
A
A
A

NILAI - Pelbagai barang rampasan bernilai RM51.91 juta dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Selasa.

Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, barang berkenaan merupakan hasil rampasan dilakukan pihaknya sepanjang tahun ini melibatkan pemeriksaan di 632,242 premis di seluruh negara dalam tempoh Januari sehingga September ini.

"Sebanyak 8,782 tindakan kes telah diambil melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM29.96 juta.

"Barang rampasan ini melibatkan tindakan kes di bawah pelbagai kesalahan antaranya Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Jualan Langsung 1999, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 membabitkan barang rampasan berkaitan cetak rompak, barang tiruan dan standard keselamatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelupusan Ekshibit Mega di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Arab Malaysian Industrial Park, di sini pada Selasa.

Azman menunjukkan antara barang tiruan yang dirampas di Majlis Pelupusan Ekshibit Mega di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Arab Malaysian Industrial Park di Nilai pada Selasa.
Azman menunjukkan antara barang tiruan yang dirampas di Majlis Pelupusan Ekshibit Mega di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Arab Malaysian Industrial Park di Nilai pada Selasa.

Menurutnya, secara keseluruhan, sebanyak RM2.19 juta hasil kutipan sementara yang sedang diuruskan kerajaan, RM935,477 adalah hasil jualan lelong, sebut harga, tender dan jualan terus dan RM734,594 lucut hak kewangan perintah mahkamah.

Selain itu katanya, sebanyak RM4.11 juta kompaun telah dikeluarkan KPDNHEP melibatkan 7,830 kes di seluruh negara tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 97 kes melibatkan tindakan pendakwaan di mahkamah dengan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM798,292.

"Berdasarkan kepada tindakan kes pengkompaunan dan pendakwaan tersebut, sebanyak 1,868 kes yang melibatkan barang sitaan telah dilupuskan tahun ini.

"Sebanyak 22,274 aduan atas pelbagai kesalahan diterima pihaknya dari 1 Januari sehingga 25 Oktober tahun ini," katanya.

Ujarnya, berdasarkan statistik, aduan penipuan pembelian transaksi dalam talian paling tinggi diterima iaitu 9,324 aduan.

"Kita akan sentiasa mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada supaya dapat mewujudkan suasana perniagaan yang kondusif dan adil," katanya