KDN sedia siasat salah laku pegawai tertinggi kerajaan

Hamzah. - Foto fail Bernama
Hamzah. - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sedia melakukan siasatan terhadap pegawai tertinggi kerajaan yang didakwa terlibat dalam aktiviti salah laku dan rasuah seperti dibongkarkan di media sosial.

Menurut Hamzah, pihaknya tidak mengetahui berhubung perkara tersebut.

"Segala kesalahan sesiapa sahaja, kalau ada laporan polis kita akan beri kerjasama.

"Saya baru dengar (dakwaan) ini. Setakat ini kita tidak tahu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing,di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan sebuah akaun media sosial, Edisi Siasat yang mendedahkan salah laku pemimpin tertinggi kerajaan, menteri dan bekas menteri.

Artikel Berkaitan: