X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Liverpool mungkin hilang lima tonggak

Keita - Foto This In Anfield
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan The Reds mungkin tidak dapat menggunakan khidmat lima tonggak utama pada aksi Piala Liga berdepan Preston pada Khamis.

Menurut Klopp, Harvey Elliott, Fabinho, Thiago Alcantara, James Milner dan Naby Keita disahkan mengalami kecederaan ketika ini.

“Kita mungkin tidak dapat menurunkan pemain-pemain ini dan ini menyaksikan kita hanya memiliki Jordan (Henderson), Curtis Jones dan Alex Oxlade Chamberlain untuk mengemudi jentera tengah.

“Bagaimanapun, Alcantara sudah kembali menjalani latihan dan dijangka dapat beraksi berdepan Brighton hujung minggu ini.

“Bagi pemain lain saya tidak pasti, tetapi diharapkan kesemua mereka akan kembali cergas untuk beraksi kelak,” katanya.

Untuk rekod, kesemua pemain berkenaan disahkan mengalami kecederaan setelah beraksi di Old Trafford pada Ahad yang menyaksikan Liverpool menewaskan Manchester United 5-0.

Tangkap layar mengenai terjahan keras pemain United, Paul Pogba terhada Keita. - Foto Foxsports
Tangkap layar mengenai terjahan keras pemain United, Paul Pogba terhada Keita. - Foto Foxsports

Tambah Klopp, Elliott, Fabinho dan Alcantara kini dilaporkan sedang menjalani rawatan pemulihan, kecuali Keita dan Milner yang dilihat mengalami kecederaan yang agak serius terutamanya, Keita akibat terjahan keras daripada pemain United, Paul Pogba.

Dalam pada itu, biarpun dilanda masalah kecederaan pemain, Klopp menyifatkan skuad kendaliannya itu dilihat berada dalam keadaan terbaik untuk berdepan Preston.

“Saya yakin pemian yang diturunkan akan beraksi dengan baik nanti kerana selepas perlawanan itu kita akan berdepan Brighton bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pula pada hujung minggu ini.

“Oleh itu, selain beraksi untuk menang, pemain juga dinasihatkan agar berhati-hati agar tidak cedera ketika berdepan Preston,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!