PPM gagalkan cubaan remaja seludup tong gas

PPM gagalkan cubaan remaja seludup tong gas.
PPM gagalkan cubaan remaja seludup tong gas.
A
A
A

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menerusi Operasi Gelora berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar tong gas cecair (LPG) oleh seorang remaja lelaki diperairan Ice Box, pagi Selasa lalu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata,dalam operasi sekitar jam 9.30 pagi, PPM menahan sebuah bot jongkong yang dikemudi remaja berusia 17 tahun itu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, PPM menemui dua tong gas dipercayai untuk dijual di Indonesia.

"Sementara itu, dalam operasi sama, kira-kira jam 11.30 pagi PPM turut menahan dua lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan laut Batu 4 selepas bot pam yang dinaiki dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Tangkapan dan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM9,360 itu dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Pajeri menambah, Selasa lalu pasukannya juga berjaya menggagalkan kegiatan menunda ikan dalam kawasan larangan iaitu kurang dua batu nautika dari persisir pantai berhampiran perairan Tinagat.

"Seorang juragan warganegara Indonesia dan lima orang anak kapal lingkungan usia antara 30an ditahan bersama sebuah bot pukat tunda serta menyita hasil tangkapan iaitu ikan pelbagai jenis lebih kurang 80 kilogram turut dirampas.

"Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perikanan 1985," katanya.

Artikel Berkaitan: