KKM pantau larangan merokok di tempat awam

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan akan sentiasa memantau operasi pematuhan larangan merokok di tempat awam.

Beliau berkata, ia susulan arahan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap larangan tersebut.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa berada di lapangan untuk melaksanakan operasi pematuhan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Pada Khamis lalu, Penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan akan ditingkatkan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

Khairy menerusi ciapan dalam Twitter berkata, beliau telah mengarahkan pasukan penguat kuasa untuk berbuat demikian pada Rabu.

Artikel Berkaitan: