Kerajaan hasil modul terap nilai perpaduan

Halimah
Halimah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perpaduan Negara sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menghasilkan satu modul berkaitan dengan kewujudan Kelab Rukun Negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, penghasilan modul itu bagi menyemai semangat dan nilai berkaitan perpaduan.

Tambahnya, negara ini mempunyai 6,621 Kelab Rukun Negara (KRN) di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dan 185 Sekretariat Rukun Negara (SRN) di universiti.

“Kita harap melalui modul KRN dan SRN ini, pendidikan menyemai perpaduan dapat dilakukan,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) bagi pertanyaan jawab lisan mengenai langkah kementerian bagi memastikan elemen perpaduan dapat diperkasakan dari masa ke masa.

Halimah menambah, kementerian itu juga dalam peringkat akhir menghasilkan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia yang berkonsep merakyatkan perpaduan.

“Antara cabaran yang kita masukkan dalam pembangunan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia ialah membina keakraban dan perpaduan

“Fokus utama kepada empat ejen sosialisasi utama iaitu keluarga, institusi Pendidikan, rakan sebaya dan media massa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut berharap pelan itu akan dilancarkan pada Disember depan yang menjadi satu gerakan untuk melaksanakan aktiviti dan program merakyatkan perpaduan dalam masyarakat Keluarga Malaysia.