Jom buat pawagam mini di rumah dengan LUMOS RAY

A
A
A

No Image Caption



Biarpun kerajaan sudah membuka pawagam untuk tontonan umum, namun masih ramai lagi yang rasa was-was untuk ke panggung.

Mungkin ramai peminat ‘movie’ mengambil sikap berjaga-jaga kerana wabak Covid-19 masih menular dalam masyarakat.

Jadi bagi kaki wayang, jangan risau untuk anda menonton filem kegemaran dalam suasana tak ubah seperti di pawagam. Paling best, semua itu boleh dilakukan di rumah bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Anda boleh tukar rumah anda menjadi mini cinema!

LUMOS RAY Projector adalah jawapan paling tepat untuk memenuhi keinginan anda.

Jom sama-sama saya untuk ikut pengalaman menggunakan LUMOS RAY Projector ini.

Sempoi layan LUMOS RAY di rumah

Artikel Berkaitan:



No Image Caption

Mula-mula ‘unboxing’, saya setup dekat dinding di ruang tamu bersama dengan anak-anak remaja. Mereka semua teruja dengan gajet baru dibeli ini. Terus request untuk buka Netflix, masa itu pula siri Squid Game tengah meletup.

Dengan jarak hanya 3 meter sahaja, saya boleh paparkan pada dinding dengan keluasan skrin 100 inci.

Bagusnya LUMOS RAY Projector ini siap ‘bulid in’ WIFI, build in YouTube, Netflix. Memang mudah dan senang, cuma tinggal pilih saja nak tengok yang mana satu.

Cukup terasalah suasana panggung wayang dalam rumah bila tayang movie dalam gelap kerana paparannya sangat memang. Dengan ciri-ciri 3000 Lumens,1080p Supported Resolution membuatkan gambar cukup ‘awesome’ dan paling penting tak pecah.



No Image Caption

Sistem bunyinya pula memang terangkat habis. LUMOS RAY Projector ini guna sistem Dolby, build in di kiri dan kanan projektor ini. Memang terbaik.

Skrinnya pula boleh dibesarkan sehingga kepada 150 inci. Bila pancar ke dinding, padamkan lampu dan duduk menonton sambil makan jajan, memang terasa seperti dalam pawagam. Lagi satu nak ‘share’, walaupun kita tak padam kesemua lampu dan ada sedikit lagi cahaya, tapi paparan gambarnya masih jelas.

LUMOS RAY Projektor ini juga ada fungsi ‘mirror’ yang boleh disambungkan kepada telefon pintar kita secara wireless. Maknanya ada boleh browser filem, permainan video atau karaoke video di telefon pintar kita, lepas itu terus boleh paparan pada skrin Lumos.

Paling syok lagi, dengan LUMOS RAY Projector bukan best untuk tonton filem atau cerita sahaja, tapi siap boleh berkaraoke dan main permainan video juga. Memang ada port yang disediakan untuk kedua-dua hiburan itu.

Saiz kompak dan jimat ruang



No Image Caption

Jika ruang tamu anda tak cukup besar macam rumah saya, jangan risau sebab saiz LUMOS RAY ini cukup kompak dan menjimatkan ruang. Kalau anda mahukan kekaki, anda boleh buat tambahan pembelian aksesori kekaki, Lumos RIZE Adjustable Stand yang boleh dilaraskan dari ketinggian 60cm, 90cm dan 120cm.

Tambahan pula ia tak berat sangat dan boleh di bawa ke hulu ke hilir dalam rumah. Ikut kesesuaian tempat anda mahu menonton filem kegemaran anda sama ada di ruang tamu, meja makan atau dalam bilik tidur sendiri.

LUMOS RAY digemari ribuan rakyat Malaysia



No Image Caption

Sejak dilancarkan di Malaysia, LUMOS projektor menerima banyak ulasan yang positif di laman sesawang dengan rating 5 bintang daripada pengguna. Ia sememangnya satu kemudahan pawagam rumah yang ‘awesome’ dengan harga mampu milik.

LUMOS RAY Projector ini boleh anggap sebagai projektor yang tahan lasak sebab saya pernah menonton filem hindustan sampai 3 jam setengah, tapi masih tak panas. Tapi apa-apa pun projektor jangan lamalah pasang terlalu lama sebab boleh jejaskan peralatan itu sendiri.

LUMOS RAY Projector didatangkan dalam dua versi iaitu versi biasa dan pintar

LUMOS RAY versi biasa dijual pada harga hanya RM599, manakala versi pintar pula pada harga RM798 (bina dalaman Netflix & Youtube) dan ada jaminan selama satu tahun.

Bagi anda yang mahukan kekaki projektor boleh laras, anda hanya perlu menambah hanya sebanyak RM179 untuk mendapatkan RIZE Adjustable Stand.

Anda boleh membuat pembelian LUMOS RAY Home Cinema Projector ini secara terus melalui laman web: www.lumosprojector.my/sinarharian