Pemuda dikhuatiri hilang selepas terjatuh Jambatan Kedua PP

Seorang pemuda hilang selepas terjatuh dari Jambatan Kedua Pulau Pinang pada awal pagi Selasa.
Seorang pemuda hilang selepas terjatuh dari Jambatan Kedua Pulau Pinang pada awal pagi Selasa.
A
A
A

GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang melancarkan operasi mencari dan menyelamat, Ops Carilamat seorang lelaki yang terjatuh di Jambatan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini pada Selasa.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, operasi itu turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Polis Marin Batu Uban.

Menurutnya, Maritim Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.47 pagi Selasa berhubung kejadian itu.

"Kita menerima panggilan daripada Pusat Kawalan Trafik Jambatan Kedua berhubung kejadian seorang individu dipercayai terjatuh dari jambatan di Kilometer 12.6 arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada jam 2.40 pagi.

"Susulan daripada itu, kita mengaktifkan Ops Carilamat dengan mengatur gerak bot KILAT 26 ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian. Mangsa berusia 20 tahun dipercayai dari Nibong Tebal.

"Kita menemui motosikal dan barang peribadi mangsa di atas jambatan yang dipercayai lokasi mangsa terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Abd Razak menambah, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung.

"Buat masa ini, mangsa masih belum ditemui dan usaha pencarian masih giat diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: