176 mangsa banjir di tiga negeri masih berlindung di PPS

Anggota APM Pendang melakukan pemantauan paras air di daerah Pendang. - Foto ihsan APM
Anggota APM Pendang melakukan pemantauan paras air di daerah Pendang. - Foto ihsan APM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 176 orang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Melaka, Selangor dan Kedah setakat jam 9 pagi Selasa.

Di Melaka, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Leftenan Kolonel Cuthbert John Martin Quadra berkata, empat orang daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal.

Beliau berkata, penduduk terlibat masih berada di PPS berkenaan disebabkan bekalan elektrik ke rumah mereka belum disambung, namun kerja-kerja penyambungan dijangka selesai pada Selasa.

Di Selangor, portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara memaklumkan terdapat 32 orang daripada sembilan keluarga berada di dua PPS di Sepang iaitu Sekolah Rendah Agama Kampung Giching (31 orang) dan Balai MPKK Kampung Giching (seorang).

Sementara itu, di Kedah seramai 140 orang daripada 36 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dekat Pendang yang dibuka sejak Ahad.

Artikel Berkaitan: