Peniaga rugi lebih RM186,000 dalam urusan pelaburan bitcoin

Seorang peniaga dakwa kerugian lebih RM186,000 selepas menjadi mangsa pelaburan bitcon melalui sebuah laman sesawang yang diperkenalkan rakan Instagramnya pada Mei lalu. (Gambar kecil, Mohd Wazir Mohd Yusof)
Seorang peniaga dakwa kerugian lebih RM186,000 selepas menjadi mangsa pelaburan bitcon melalui sebuah laman sesawang yang diperkenalkan rakan Instagramnya pada Mei lalu. (Gambar kecil, Mohd Wazir Mohd Yusof)
A
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga mendakwa mengalami kerugian lebih RM186,000 selepas menjadi mangsa pelaburan bitcon melalui sebuah laman sesawang yang diperkenalkan rakan Instagramnya pada Mei lalu.

Mangsa yang berusia berusia 31 tahun tertarik dengan peluang itu lalu membuka akaun pelaburannya melalui laman sesawang terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berurusan dengan lelaki bernama Shi Jun melalui aplikasi Whatsapp sebelum dia diminta membuat bayaran modal pelaburannya melalui 10 akaun bank peribadi atas nama individu berbeza.

Menurutnya, mangsa membuat bayaran secara berperingkat antara RM2,100 hingga RM55,636 dalam tempoh Jun hingga Julai lalu dengan jumlah keseluruhan RM186,923 melalui akaun bank tersebut.

"Sepanjang menyertai pelaburan itu, mangsa hanya menerima keuntungan RM1,000 dan mengeluarkannya pada 5 Julai lalu.

"Pada penghujung Julai mangsa menyedari seperti ada yang tidak kena dengan pelaburan tersebut apabila semua modal pelaburannya dimasukkan ke akaun bank peribadi dan bukan melalui akaun bank syarikat pelaburan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Wazir berkata, mangsa mula curiga lalu menghubungi suspek untuk mengeluarkan wang modal pelaburannya namun dimaklumkan wangnya hanya boleh dikeluarkan selepas tiga bulan.

"Pada Ogos, mangsa membuat permohonan untuk mengeluarkan wang tersebut melalui e-mel namun tiada sebarang jawapan dan lelaki terbabit gagal dihubungi.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa syak dia telah ditipu apabila gagal mengakses akaun pelaburannya lalu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pada Isnin.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliaur berkata, pihaknya kini sedang mengesan kesemua pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes itu bagi membantu siasatan.