Paras air laut akan meningkat sehingga dua meter

Paras air laut dijangka meningkat berikutan aktiviti manusia yang berlaku di bumi ketika ini. - Foto AFP
Paras air laut dijangka meningkat berikutan aktiviti manusia yang berlaku di bumi ketika ini. - Foto AFP
A
A
A

THE HAGUE - Paras air laut akan meningkat sehingga dua meter iaitu lebih tinggi daripada yang dijangkakan termasuk di pantai Belanda dalam abad ini, kata sebuah agensi meteorologi negara itu pada Isnin.

Menurut Institut Meteorologi Diraja Belanda (KNMI), jika kadar pelepasan gas rumah hijau tidak dikurangkan, paras air laut di sepanjang pantai Belanda akan meningkat lebih satu meter menjelang tahun 2100.

Paras air laut juga akan meningkat setinggi dua meter jika kawasan ais di Antartika mencair.

Sebelum ini, KNMI yang beribu pejabat di bandar raya Utrecht menganggarkan paras air laut akan meningkat setinggi kira-kira satu meter.

Sejak tahun 1901, paras air laut di pantai negara tersebut meningkat kira-kira 22 sentimeter, kata KNMI berdasarkan kepada angka-angka yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan penyelidikan daripada agensi meteorologi Belanda itu.

Kira-kira 60 peratus daripada kawasan Belanda berdepan risiko banjir termasuk di pantai sepanjang 520 kilometer dan kawasan-kawasan berdekatan dengan sungai-sungai besar seperti Rhine dan Maas. - Agensi

Artikel Berkaitan: