UPKO tampil nafi dua kenyataan palsu

Antara kenyataan tular berhubung UPKO adalah palsu.
Antara kenyataan tular berhubung UPKO adalah palsu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) tampil menafikan dua kenyataan berkaitan parti itu yang tular di media sosial sejak Isnin.

Dua kenyataan itu merujuk kepada laporan bertajuk 'UPKO Kerjasama dengan Parti Warisan adalah idea kami paling teruk' dan 'Kami bersedia gantikan tempat PBS dan UMNO dalam kabinet Negeri Sabah'.

Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menegaskan bahawa dua kenyataan terbabit adalah palsu.

"Saya dimaklumkan tentang dua kenyataan tular ini daripada rakan-rakan.

"Saya ingin tegaskan bahawa kenyataan ini adalah palsu dan diedit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk mengelirukan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak mengabaikan kenyataan berkenaan.

"Tidak ada disiarkan pun dimana-mana portal seperti yang dinyatakan. Sila abaikan," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan Facebook rasmi UPKO menyatakan bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh segelintir pihak yang berniat tidak baik untuk mengelirukan pemikiran rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Untuk sebarang perkembangan semasa dan berita sahih daripada UPKO, sila ikuti semua saluran media sosial rasmi UPKO," jelasnya.