X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Isu Palestin: Israel akan hantar delegasi ke AS

Isu Palestin masih gagal untuk diselesaikan oleh Israel sehingga kini. - Foto AFP
A
A

BAITULMAQDIS - Israel akan menghantar satu utusan ke Washington, Amerika Syarikat (AS) bagi berkongsi maklumat berhubung enam kumpulan persatuan awam Palestin yang diharamkan, kata seorang pegawai rejim Zionis itu pada Isnin.

Pada minggu lalu, Kementerian Pertahanan Israel mendedahkan enam kumpulan persatuan awam itu diharamkan kerana ia dianggap sebagai 'pertubuhan pengganas'.

Enam kumpulan itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan Pembela Popular Untuk Pembebasan Palestin (PFLP) iaitu sebuah kumpulan yang diharamkan oleh beberapa buah kerajaan Barat.

Tindakan pengharaman itu mencetuskan kemarahan di Palestin dan beberapa kumpulan awam Israel selain timbul kebimbangan di peringkat antarabangsa.

AS yang merupakan sekutu kuat Israel menyatakan bahawa ia akan mendapat lebih banyak maklumat berhubung langkah pengharaman tersebut.

Ketika bercakap kepada AFP, seorang pegawai Israel yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata, dalam tempoh beberapa hari satu utusan khas dari agensi perisikan Sin Bet dan

Kementerian Luar akan pergi ke AS serta membawa bahan-bahan perisikan bagi membuktikan tentang enam kumpulan tersebut mempunyai kaitan dengan PFLP.

Pada Isnin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Israel untuk menarik balik pengharamaan terhadap enam kumpulan tersebut kerana tindakan sedemikian merupakan satu serangan terhadap pergerakan kebebasan hak-hak asasi manusia. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!