Konsert Zee Avi & Njwa ditunda

Poster Konsert Zee Avi & Njwa
Poster Konsert Zee Avi & Njwa
A
A
A

KONSERT gandingan Zee Avi & Njwa yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mac ini, terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Perkara ini dinyatakan menerusi siaran akhbar daripada penganjur iaitu Showlab Ventures kepada Sinar Harian.

"Kami dengan rendah hati ingin memaklumkan bahawa acara International Women's Day With Zee Avi & Njwa yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka PWTC terpaksa ditunda.

“Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami.

"Di samping itu juga beberapa aspek teknikal yang perlu diambil kira bagi memastikan konsert ini berjaya dijalankan dengan lancarnya,” ujar Farhan Aizat selaku penganjur.

Pihak Showlab Ventures turut menyatakan berasa kesal dan sedih dengan keputusan penangguhan ini.

Pun begitu, mereka telah memilih tarikh 22 JUN 2019 sebagai tarikh terbaru konsert yang menggabungkan dua nama penyanyi unik ini.

Bertempat di lokasi yang sama, konsert tersebut akan bermula pukul 8.45 seperti dijadualkan. Para pembeli tiket dan peminat Zee Avid an NJWA boleh mendapatkan informasi lengkap dan selanjutnya di laman sosial penganjur iaitu Instagram: @showlab.my atau Facebook: Showlab MY.

Artikel Berkaitan: