X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Cubaan seludup 12 lembu awal pagi gagal

Lori yang membawa 12 ekor lembu yang dianggarkan bernilai RM126,000.
A
A

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA 9) berjaya menahan pemandu dan kelindan sebuah lori kerana cuba menyeludup masuk 12 ekor lembu dalam satu serbuan di Kampung Nechang awal pagi Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, kenderaan itu dikesan dalam keadaan mencurigakan pada jam 5.20 pagi di Jalan Kampung Kajang Sebidang, Kuala Jambu.

“Ketika pihak kami cuba menahan lori berkenaan, pemandu lori terbabut bertindak memecut kenderaannya ke arah Jalan Kampung Telaga Bata, namun berjaya ditahan di Kampung Nechang, Tumpat.

“Pemeriksaan ke atas lori tersebut berkenaan menemui 12 ekor lembu yang dianggarkan bernilai RM126,000 disyaki diseludup masuk dari negara Thailand dan jumlah keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM226,000.

sebanyak 12 ekor lembu yang dipercayai diseludup dari Thailand tidak sempat dijual.
sebanyak 12 ekor lembu yang dipercayai diseludup dari Thailand tidak sempat dijual.

"Pemandu dan kelindan berusia 35 dan 20 tahun ditahan untuk tindakan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Pemandu serta kelindan berusia 35 dan 20 tahun ditahan dan dibawa ke Balai Polis Chabang Empat untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Binatang 1953.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!