Kes positif Covid-19 global kini 244 juta

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini mencecah 243,982,539, berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. Foto hiasan
Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini mencecah 243,982,539, berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. Foto hiasan
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini mencecah 243,982,539, berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 45,516,139 kes, diikuti India dengan 34,189,774 kes dan Brazil (21,729,763).

Manakala United Kingdom kini mencatat 8,850,909 kes, manakala Rusia turut memasuki kumpulan negara dengan lebih 8 juta kes direkodkan.

Perancis dan Turki pula mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina dan Sepanyol merekodkan angka melebihi 5 juta, diikuti Colombia yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan 4,240,479 kes.

Ini diikuti Filipina dengan 2,761,307, Malaysia (2,436,498) dan Thailand (1,859,157), manakala Singapura mencatatkan 175,818 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini makin menghampiri 5 juta.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi sebanyak 736,942, menjadikan angka korban global akibat virus itu kini mencecah 4,953,260.

Ini diikuti Brazil dengan 605,644 kes kematian, India (454,712), Mexico (286,346) dan Rusia (227,506).

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 95,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan 143,235 korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan 41,942, diikuti Malaysia dengan 28,492 kes, manakala Thailand dengan 18,799 kes.- Awani