X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Pembela sokong penuh perangi rasuah

Aminuddin Yahaya
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menyokong penuh kempen Rasuah Busters dalam memerangi rasuah sehingga ke akar umbi.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, rasuah merupakan satu penyakit yang membebankan negara dalam pelbagai aspek justeru beliau berharap kempen berpanjangan seperti Rasuah Busters dapat difahami dan disokong sepenuhnya oleh setiap lapisan masyarakat.

Menurutnya, penyertaan sebanyak pihak khususnya NGO dan agensi kerajaan diperlukan dalam menggerakkan usaha murni itu serta menjadikannya aspirasi bagi membasmi salah laku integriti di negara ini.

“Umum mengetahui bahawa rasuah salah di sisi mana-mana agama sekalipun kerana ia merupakan perkara yang haram dan menjejaskan jiwa, pemikiran dan kerohanian masyarakat.

“Rasuah bersifat menghancurkan maka asas pemimpin yang melakukan rasuah dalam menentukan polisi dan hala tuju negara tidak akan relevan kerana rasuah mendominasi,” katanya kepada Kru Rasuah Busters baru-baru ini.

Beliau berkata, Pembela yang bergabung bersama lebih 100 NGO dengan jumlah ahli mencecah ratusan ribu akan menyokong kempen Rasuah Busters secara tersusun dan strategik menggunakan tenaga pakar yang dimiliki.

“Saya berbesar hati untuk bekerjasama dan akan menyokong sepenuhnya dengan menggerakkan NGO-NGO kita dalam kempen ini,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!