Berhenti kerja demi abang

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah perumpamaan melihat ketabahan seorang adik menjaga abangnya yang menghidap sawan dan penyakit buah pinggang.

Menurut Umi Borohan,51, dia bukan sahaja tidak dapat meneruskan urusan harian seperti sediakala, malah tidak dapat keluar rumah untuk mencari rezeki.

Lebih memilukan abangnya Shapri Borohan, 54 yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan lumpuh dan tidak mampu bergerak dan hanya diuruskan oleh Umi.

Umi berkata abangnya itu sudah lama menghidap penyakit sawan sejak berumur 17 tahun.

“Sebelum ini, walaupun dia menghidap penyakit sawan dia masih boleh bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa.

‘Namun, pada bulan Ramadan 2016, saya masih ingat masa itu Ramadan pertama...dia diserang sawan dan selepas itu dia sakit dan terlantar sampai ke hari ini,”katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Chemomoi di sini, semalam.

Umi berkata, perbelanjaan harian keluarga dan juga abangnya tidak mencukupi memandangkan beliau terpaksa berhenti kerja dan kini hanya suaminya sahaja yang bekerja di ladang kelapa sawit.

Menurutnya, dia membuat keputusan nekad untuk tidak lagi bekerja bagi memberi perhatian sepenuhnya dalam menguruskan abangnya yang terlantar sakit.

Artikel Berkaitan:

Namun katanya, tanpa pekerjaan dan hanya suaminya sahaja yang bekerja, agak terbeban apatah lagi terpaksa menyediakan keperluan harian keluarga dan abangnya termasuk urusan rawatan perubatannya.

“Abang saya sekarang tidak boleh makan seperti biasa. Sekarang ini, saya beri dia susu yang berharga RM75 yang hanya mampu bertahan selama seminggu sahaja dan juga kos pampers RM85 sebulan.

Umi berkata, abgnya hanya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh dibuat menerusi 011-17932464 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Umi bin Borohan BSN (06113-41-00004680-4).