X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Pengundi Melaka bijak memilih

Noor Hariri
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan percaya pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan memilih pemimpin yang bekerja membantu rakyat, bukan hanya 'sibuk' semasa berkempen.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, apa yang penting ketika ini adalah mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan pemimpin dapat meneruskan perjuangan membantu kebajikan mereka.

"Saya lihat ada pemimpin yang cuba menjatuhkan parti lain walaupun kita duduk sebumbung. Budaya seperti itu tidak elok. Budak tidak makan sayur, jangan paksa. Walaupun budak, mereka ada pilihan sendiri. Kena buktikan yang sayur itu benar-benar beri kebaikan kepada mereka.

"Sama juga dengan dunia politik, ini bukannya cara untuk memaksa rakyat untuk pilih apa yang mereka tidak suka. Jika benar kita mampu melaksanakan tugas dengan baik, maka lakukannya, jangan hentam orang lain," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Menurutnya, tindakan pemimpin yang bertindak melaga-lagakan pemimpin lain dilihat tidak begitu matang walaupun dalam keadaan pemilihan kecil seperti PRN.

Malah katanya, walaupun hanya di peringkat negeri, namun kuasa rakyat adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan mainan memandangkan ia bakal memberi kesan secara berpanjangan dan secara keseluruhan.

"Pepatah orang tua dulu ada berkata, pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang memberi tauladan baik kepada rakyatnya. Apakah pemimpin yang mengkhianati mandat rakyat dan parti sendiri menjadi tauladan yang baik.

"Pengundi di Melaka sudah boleh menilai parti mana yang betul-betul menjaga kebajikan rakyat dan parti mana pula yang sanggup bersekongkol dengan DAP demi menjatuhkan kerajaan Melayu dahulu," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!