X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

PRN Melaka: Parti komponen PN setuju guna satu lambang

Perikatan Nasional
A
A

SHAH ALAM - Parti komponen Perikatan Nasional (PN) bersepakat untuk menggunakan lambang gabungan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PN, Tan Sri MuhyIddin Yassin berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi PN ketika Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang diadakan pada Isnin.

“Parti-parti komponen PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sepakat untuk menawarkan calon-calon dalam PRN Melaka dan menggunakan satu lambang iaitu lambang PN,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Muhyiddin turut memaklumknan, Majlis Tertinggi PN turut membuat ketetapan bahawa rundingan kerusi yang akan ditandingi oleh gabungan tersebut akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Rundingan Kerusi PN.

Pada masa sama, beliau berkata, Majlis Tertinggi PN turut memutuskan semua parti komponen gabungan tersebut untuk menggerakkan sepenuhnya jentera parti masing-masing dan menggembleng seluruh tenaga dan upaya bagi menghadapi PRN Melaka.

“PN sentiasa berpegang kepada aspirasi memelihara perpaduan, memastikan pentadbiran berintegriti dan prihatin terhadap kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan oleh Muhyiddin itu dihadiri oleh semua parti komponen PN iaitu Bersatu. Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Gerakan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!